Ais Mudahkan Kerja di Dapur

Sebut sahaja ais pasti ramai yang membayangkan minuman yang sejuk dan sedap dinikmati ketika cuaca panas. Sebenarnya ais bukan sahaja berguna sebagai minuman, tetapi ianya juga bermanfaat di dalam memudahkan kerja-kerja di dapur.

Ais Mudahkan Kerja di Dapur
Ais Mudahkan Kerja di Dapur
Foto kredit:tes.com

Beberapa kegunaan ais untuk memudahkan kerja di dapur adalah seperti berikut:

Ais mudahkan kopek kulit telur

Rendamkan telur yang sudah direbus dalam air ais. Biarkan telur sejuk dan anda akan mendapati kulit telur mudah dikopek. 


Ais cantikkan warna sayur rebus

Rebus sayur sehingga mendidih. Kemudian terus angkat sayur dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air ais. Anda akan mendapati warna sayur menjadi cantik dan teksturnya rangup.

Ais segarkan sayur-sayuran layu

Masukkan sayur-sayuran seperti salad yang kelihatan layu ke dalam air ais. Biarkan selama beberapa minit sehingga ia kelihatan segar. Angkat sayur apabila ia sudah segar.


Ais mudahkan kopek kulit tomato

Tandakan ‘X’ pada kulit tomato yang ingin dibuang kulitnya. Celur tomato dengan air panas dan terus masukkannya ke dalam air ais. Kulit tomato mudah terkopek dengan sendiri.


Ais lembutkan udang terlebih masak

Jika anda terlebih memasak udang, ianya akan menjadi liat dan sukar dikunyah. Usah dibuang udang berkenaan, sebaliknya keluarkan udang dari air mendidih dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air ais.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...