Usaha untuk mengurangkan berat badan bukan hanya dilakukan pada waktu siang. Pada waktu malam juga anda harus berdisiplin menjaga pemakanan. Namun ada masanya perut akan berasa lapar dan minta diisi dengan sesuatu.
Snek di Waktu Malam |
Apa kata anda mencuba beberapa snek yang yang berkhasiat dan memberi rasa kenyang dengan segera seperti berikut:
Oat sebagai snek waktu malam
Bancuh dua sudu besar oat segera masak di dalam secawan air suam. Pasti rasa lapar anda akan berkurangan.
Yogurt sebagai snek waktu malam
Kandungan protein yang tinggi dan lemak yang rendah di dalam yogurt membuatkannya sesuai dijadikan snek pada waktu malam.
Buah-buahan kering sebagai snek waktu malam
Buah-buahan kering seperti kismis, prun atau kurma mampu untuk membuatkan anda berasa kenyang dengan segera.
Jus buah sebagai snek waktu malam
Kisar buah seperti pisang, strawberi, epal atau oren. Selain daripada mengenyangkan, buah-buahan ini juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan.
Roti gandum sebagai snek waktu malam
Kandungan vitamin B kompleks, serat, zink, zat besi dan pelbagai zat lain sangat bermanfaat untuk tubuh anda. Makan sekeping roti pasti mampu membuatkan perut anda berasa kenyang.
Oleh itu, pilihlah makanan yang tidak mengandungi karbohidrat dan lemak yang tinggi untuk dijadikan snek waktu malam anda. Selain daripada mengurangkan rasa lapar, pasti snek ini membantu anda tidur dengan lena.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan