Menyikat rambut adalah perlu bagi memastikan rambut sentiasa kemas dan rapi. Mungkin ia mudah dilakukan, namun cara menyikat rambut dengan betul adalah perlu bagi menjaga kesihatan rambut dan kulit kepala anda.
Cara Betul Menyikat Rambut |
Sikat Rambut dengan Sikat Bersih
Pastikan sikat yang digunakan untuk menyikat rambut sentiasa bersih. Cuci sikat sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi memastikan ia bersih dan tiada bakteria yang melekat pada celah gigi sikat. Elakkan berkongsi sikat dengan orang lain.
Sikat Rambut Ketika Kering
Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum boleh disikat. Menyikat rambut ketika masih basah boleh menyebabkan keguguran rambut dan rambut bercabang kerana liang rambut terbuka ketika basah.
Sikat Rambut Apabila Perlu
Usah terlalu kerap menyikat rambut anda kerana ia boleh menyebabkan rambut menjadi halus yang seterusnya mengakibatkan kerosakan serta keguguran rambut. Sebaiknya gunakan sahaja hujung jari anda bagi merapikan rambut.
Penjagaan rambut bukan hanya aspek pemilihan syampu dan perapi sahaja, cara menyikat rambut juga penting. Oleh itu, jangan mengambil mudah soal menyikat rambut kerana ia boleh mempengaruhi tahap kesihatan rambut anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan