Petua Elak Rambut Beruban

Masalah rambut beruban bukan hanya dialami oleh warga tua, tetapi sesetengah individu muda yang berusia awal 30-an juga tidak terkecuali menghadapinya. Pelbagai kaedah moden pada masa kini boleh digunakan untuk mengelak rambut beruban. 

Petua Elak Rambut Beruban
Petua Elak Rambut Beruban - Sumber gambar huffingtonpost.com
Namun kaedah tradisional juga menjadi alternatif kerana ia telah diamalkan turun temurun oleh generasi terdahulu. Beberapa kaedah tradisonal untuk mengelak rambut beruban menggunakan kelapa adalah seperti berikut:

Santan kelapa elak rambut beruban

Pati santan kelapa pekat dimasak dengan api sederhana. Sapukan santan suam ini pada kulit kepala perlahan-lahan sambil mengurut menggunakan hujung jari. Bungkus dengan tuala dan biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih.


Air kelapa elak rambut beruban

Ambil secawan air kelapa tua dan gosok pada kulit kepala anda perlahan-lahan dengan menggunakan hujung jari. Ulangi langkah ini sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali seminggu. 


Minyak kelapa elak rambut beruban

Sedikit santan kelapa dimasak atas api sehingga mengeluarkan minyak. Anda boleh menyimpan minyak ini di dalam bekas bertutup. Ambil sedikit minyak kelapa dan sapukan pada kulit kepala dan rambut anda. 


Oleh itu, pelbagai kaedah rawatan menggunakan kelapa bagi mengelak rambut beruban boleh dilakukan. Selain daripada mudah didapati, rawatan menggunakan kelapa juga adalah murah dan mudah dilakukan sendiri di rumah. 

*Nota: Minyak kelapa mungkin berbau kurang menyenangkan. Anda boleh membilas rambut dengan air dan syampu jika tidak suka bau ini. Petua ini hanya boleh digunakan oleh individu yang belum mengalami masalah uban. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan