Petua Tradisional dengan Daun Sirih

Daun sirih telah digunakan sejak turun-temurun oleh generasi terdahulu bagi tujuan kesihatan dan kecantikan tubuh secara alami. Tumbuhan yang tumbuh menjalar ini memiliki pelbagai khasiat untuk rawatan kesihatan dan kecantikan diri. 

Petua Tradisional dengan Daun Sirih
Petua Tradisional dengan Daun Sirih - Sumber gambar caratriks.com
Beberapa petua menggunakan daun sirih adalah seperti berikut:

Daun sirih untuk resdung 

Rebus segenggam daun sirih di dalam air. Biarkan air rebusan menjadi suam dan basuh muka anda dengan air rebusan daun sirih ini pada setiap hari untuk mengurangkan resdung.


Daun sirih sebagai perapat 

Rebus daun sirih dengan sedikit air dan biarkan ia suam. Gunakan sebagai pembersih bahagian intim wanita. Selain merapatkan bahagian intim, ianya juga mengurangkan kegatalan vagina dan keputihan. 


Daun sirih untuk menyegarkan mata

Jika mata anda berasa kurang bermaya, ramas beberapa helai daun sirih dengan sedikit air. Kemudian basuh muka dengan air daun sirih, pasti mata akan kembali segar. 


Daun sirih untuk kurangkan payudara bengkak

Kepada wanita yang sedang menyusukan bayi, payudara mungkin akan menjadi bengkak. Ambil beberapa helai daun sirih dan sapu minyak zaitun di permukaan hadapannya. Kemudian, layur daun sirih di atas tudung periuk dan tekap pada payudara. 


Oleh itu, banyak lagi petua lain menggunakan daun sirih untuk kesihatan dan kecantikan. Selain daripada mudah didapati, penggunaan daun sirih juga lebih selamat dan semulajadi berbanding dengan penggunaan ubatan berasaskan bahan kimia. 

1 ulasan: