Mendidik anak dengan nilai murni perlulah dilakukan sejak mereka masih kecil. Didikan ketika kecil selalunya akan membentuk diri mereka apabila telah dewasa kelak. Seperti kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.
Tips Mendidik Anak Kecil - Sumber gambar littlestarsga.com |
Mendidik anak kecil pasti memerlukan kesabaran kerana mereka akan banyak bertanya. Beberapa perkara asas untuk mendidik anak adalah seperti berikut:
Didik anak menjaga kebersihan diri
Latih anak anda membasuh tangannya sebelum dan selepas makan, selepas bermain, selepas ke tandas dan sebagainya. Jelaskan kepadanya kepentingan menjaga kebersihan bagi mengelakkan penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit berbahaya.
Didik anak menggosok gigi
Didik anak untuk menggosok gigi mereka setiap kali selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Jelaskan kepada anak kepentingan kesihatan mulut yang baik dan pembiakan bakteria di gigi yang menyebabkan kerosakan gigi.
Didik anak minum air masak
Ajar anak minum air masak berbanding air manis atau bekarbonat. Sediakan bekas minuman yang diisi air masak khas untuk anak. Selalu bertanya dan ingatkan anak anda supaya minum air masak yang disediakan jika mereka berasa dahaga.
Didik anak makan buah dan sayur
Hadkan pengambilan makanan rapu seperti gula-gula dan keropok yang tidak baik untuk tumbesaran kanak-kanak. Ajar anak anda makan snek sihat seperti buah-buahan potong dan sayur-sayuran seperti salad.
Didik anak membuang sampah
Didik anak anda membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan. Jelaskan kepada anak mengenai keburukan membuang sampah merata-rata yang menyebabkan bau busuk dan pembiakan kuman yang membahayakan kesihatan mereka.
Didik anak kemas barang permainan
Ajar anak mengemas kembali barang permainan selepas mereka bermain. Pegang tangan anak sambil mengambil barang permainan dan masukkan ke dalam tempat simpanan barang. Jelaskan kepada anak bahawa mereka perlu menyimpan barang permainan setelah habis bermain.
Didik anak keselamatan diri
Pesan kepada anak supaya menjaga maruah diri mereka dan tidak mengikut orang yang tidak dikenali. Jangan biarkan orang yang tidak dikenali menyentuh tubuh anak. Ajar anak menjerit sekiranya diganggu oleh orang yang tidak dikenali.
Anak kecil perlu dinasihati dengan baik sekiranya mereka melakukan kesalahan. Oleh itu, pendidikan asas sejak anak sejak mereka masih kecil ini pasti akan menjadi kebiasaan dan amalan apabila mereka telah dewasa kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan