Petua Mencegah Angin dalam Badan

Masalah angin dalam badan bukan sahaja dialami oleh orang tua tetapi juga golongan muda. Salah satu petua mencegah angin dalam badan adalah dengan mengurangkan makanan yang menyebabkan masalah angin. 

Petua Mencegah Angin dalam Badan
Petua Mencegah Angin dalam Badan - Sumber gambar healthxchage.com.sg
Antara tanda-tanda angin dalam badan adalah sakit dan lenguh di seluruh badan. Beberapa petua mencegah angin dalam badan dari segi pemakanan adalah seperti berikut:

1. Petua mencegah angin dalam badan - Produk tenusu
Kurangkan pengambilan produk tenusu kerana ia mempunyai kadar laktosa tinggi yang boleh menyebabkan angin. Sebaiknya ambil produk tenusu berlaktosa rendah seperti yogurt.

2. Petua mencegah angin dalam badan - Makanan berlemak
Kurangkan makan makanan berlemak dan bergoreng. Terlalu banyak makanan berlemak akan menyebabkan angin atau kembung terjadi dan seterusnya melambatkan proses pencernaan.

3. Petua mencegah angin dalam badan - Sayur-sayuran
Sesetengah sayur-sayuran seperti kacang panjang, kubis dan timun menyebabkan angin dalam badan anda. Hadkan pengambilan sayur-sayuran ini. 

4. Petua mencegah angin dalam badan - Makan secara teratur
Tetapkan waktu makan yang tetap pada setiap hari bagi mengelakkan perut dimasuki angin. 

5. Petua mencegah angin dalam badan - Petua tradisional
Rebus halia dan cengkih dan minum airnya ketika masih suam. Amalkan setiap hari bagi mengeluarkan angin dari badan. 

Oleh itu, hadkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin dalam badan. Banyakkan minum air putih dan kunyah makanan dengan perlahan-lahan ketika makan. Semoga perkongsian petua mencegah angin dalam badan ini bermanfaat untuk anda amalkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...