Kelebihan Menderma Darah

Pada setiap hari hospital kerajaan dan swasta memerlukan darah untuk kes-kes seperti pembedahan jantung, pemindahan organ, dan kemalangan. Mungkin kita tidak mampu membantu insan lain dengan wang, namun kita masih dapat membantu melalui pendermaan darah. Kali ini saya akan kongsikan mengenai kelebihan menderma darah

Kelebihan Menderma Darah
Kelebihan Menderma Darah - Sumber gambar blooddonors.org.my
Perkongsian kelebihan menderma darah ini berdasarkan kepada satu kajian dari persatuan perubatan di Amerika Syarikat. Beberapa kelebihan menderma darah terhadap diri penderma adalah seperti berikut: 

1. Kelebihan menderma darah mengurangkan sisa zat besi
Melalui derma darah, sisa zat besi di dalam darah yang menyebabkan kerosakan sel dan tisu serta masalah kesihatan lain dapat dikurangkan (secara semulajadi, kitaran haid yang dialami oleh wanita membantu mengurangkan sisa zat besi ini). 

2. Kelebihan menderma darah mengurangkan risiko serangan jantung, strok kanser
Pendermaan darah pada setiap enam bulan sekali dapat mengurangkan serangan jantung dan strok serta mengurangkan risiko penyakit kanser bagi individu yang berusia 43 hingga 61 tahun. 

3. Kelebihan menderma darah dapat membakar kalori
Bagi setiap satu pain darah lebih kurang 650 kalori dalam badan penderma dibakar (masa untuk satu sesi menderma darah tidak sampai 10 minit).

4. Kelebihan menderma darah dapat menggantikan sel darah merah
Melalui derma darah juga, sel darah merah yang lama akan digantikan dengan pembentukkan sel yang baru (keupayaan membawa oksigen akan menjadi lebih baik). 

5. Kelebihan menderma darah dapat melahirkan individu yang prihatin
Dengan menderma darah, anda menjadi individu yang prihatin dan tidak mementingkan diri. Secara tidak langsung, ianya memupuk nilai yang positif di dalam diri seseorang. 

Jumlah darah yang diambil bergantung kepada berat badan anda. Jika berat 45-50 kg, kuantiti darah yang diambil sebanyak 350 ml dan jika berat melebihi 50 kg, kuantiti darah yang diambil sebanyak 450 ml. Oleh itu diharap anda berminat untuk menjadi penderma darah yang tetap kerana banyak kelebihan menderma darah

6 ulasan:

  1. Nice sharing..khaty suka derma darah,tapi tahun 2015 nie tak berkesempatan lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. teruskan menderma darah untuk kehidupan insan lain..

      Padam
  2. rupanya banyak kelebihan menderma darah. belum pernah cuba. dikatakan jika sekali menderma kena terus menderma secara jadual betul ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. seeloknya derma secara berkala.. bagi lelaki setiap tiga bulan sekali.. bagi kaum wanita pula setiap empat hingga enam bulan sekali..

      Padam
  3. Kali terakhir saya menderma darah pada tahun 2013.. tahun lepas langsung tak derma pun huhu.. Tahun ni kena mula derma balik lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah.. bagus niat KK.. semoga dipermudaahkan oleh Allah swt..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...