Tips Makan Ketika sedang Tertekan

Ketika sedang tertekan atau stress terdapat segelintir individu yang tidak mampu mengawal pemakanan samaada sanggup berlapar atau akan makan secara berlebihan. Kali ini akan dikongsikan mengenai tips makan ketika sedang tertekan.

Tips Makan Ketika sedang Tertekan
Tips Makan Ketika sedang Tertekan - Sumber gambar brecordplus.com.vn
Sebelum ini dibincangkan menegnai keperluan kalori seharian. Tekanan berlaku akibat tindakbalas emosi, mental dan fizikal terhadap sebarang perubahan hidup. Beberapa tips makan ketika sedang tertekan adalah seperti berikut:

Makan ikut keperluan ketika sedang tertekan 

Makanlah apabila anda benar-benar lapar. Jangan jadikan makanan sebagai terapi untuk melupakan masalah anda. 


Kawal emosi ketika sedang tertekan 

Sentiasa berfikiran positif dengan menganggap masalah adalah sebahagian dari kehidupan dan kita perlu menghadapinya dengan cara yang bijak. 


Pilih makanan kenyang segera ketika sedang tertekan 

Ambil makanan seperti buah atau air coklat panas jika anda berasa lapar pada tengah malam akibat tertekan. Anda juga boleh mencuba makanan segera ketika lapar seperti di dalam artikel saya sebelum ini.


Pilih makanan berserat ketika sedang tertekan 

Pilih makanan berserat seperti biskut oat atau buah-buahan untuk memberikan rasa kenyang yang berpanjangan. 


Jangan abaikan sarapan pagi ketika sedang tertekan 

Sarapan pagi mampu menstabilkan minda dan emosi di samping untuk mengelakkan tekanan akibat lapar. Oleh itu, jangan abaikan sarapan pagi walaupun anda sedang tertekan. 


Tekanan dan kehidupan tidak dapat dipisahkan. Jika anda makan tanpa kawalan, mungkin anda akan berhadapan dengan masalah kalori berlebihan. Semoga perkongsian tips makan ketika sedang tertekan ini bermanfaat untuk anda.

4 ulasan:

  1. Akak adalah orang yang cuba melawan stress dgn makan....tak bagus sebenarnya..

    Thanks for the tips :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak fidah boleh makan, tapi pilih makanan yang tidak menggemukkan seperti snek buah-buahan..

      Padam
  2. tips makan ketika tekanan yang baik. terima kasih sudi berkongsi

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama.. semoga tips ini bermanfaat..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...