Cara pemakanan dan gaya hidup pada masa kini menyumbangkan kepada pelbagai masalah kesihatan seperti obesiti, darah tinggi dan sakit jantung. Kali ini saya akan kongsikan petua sihat dengan berbasikal.
Petua Sihat dengan Berbasikal - Sumber gambar backexperts.co.uk |
Dengan hanya modal yang murah anda dapat memiliki kesihatan yang baik. Beberapa petua sihat dengan berbasikal adalah seperti berikut:
1. Petua sihat dengan berbasikal - Kuatkan sistem imun
Sistem imun berfungsi melindungi tubuh dari jangkitan penyakit. Kajian menunjukkan berbasikal dapat menguatkan sistem imun badan seseorang.
2. Petua sihat dengan berbasikal – Kuatkan otot dan tulang
Semua otot badan digerakkan ketika berbasikal. Otot bahu serta lengan menyokong hadapan badan, otot abdomen serta belakang menstabilkan badan dan otot kaki untuk mengayuh. Pergerakan otot-otot ini menguatkan sistem otot dan fungsinya. Masalah sakit belakang juga dapat dikurangkan.
3. Petua sihat dengan berbasikal - Kurangkan tekanan
Berbasikal membuatkan kita berasa santai. Anda akan menyedut udara segar ketika mengayuh basikal dan ini membuatkan badan berasa segar sekaligus dapat mengurangkan tekanan.
4. Petua sihat dengan berbasikal - Cegah penyakit jantung
Amalan berbasikal secara sederhana pada setiap hari dapat mengurangkan risiko terhadap serangan jantung, penyakit darah tinggi dan serangan strok.
5. Petua sihat dengan berbasikal - Kurangkan berat badan
Selain daripada mencergaskan badan, berbasikal juga dapat mengurangkan berat badan anda. Di samping itu juga, berbasikal dapat mengurangkan kelesuan dan dapat meningkatkan stamina badan.
Oleh itu, luangkan masa hanya selama 20-30 minit pada setiap hari untuk mengayuh basikal di sekitar kawasan rumah anda. Semoga perkongsian petua sihat dengan berbasikal ini bermanfaat untuk anda amalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan