Buah-buahan kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan manusia. Kali ini saya akan kongsikan berkenaan khasiat buah-buahan berdasarkan kandungan nutriennya.
Khasiat Buah-buahan - Sumber gambar wonderwoman.intoday.in |
Selain daripada rasanya sedap, buah-buahan juga boleh dijadikan sebagai snek yang menyihatkan. Berikut beberapa khasiat buah-buahan:
1. Khasiat buah-buahan – Vitamin A
Buah-buahan seperti tembikai susu, labu, aprikot, pic, pisang dan keledek kaya dengan vitamin A. Vitamin A bermanfaat untuk masalah rabun dan melawan penyakit. Carotenoids (warna merah, oren atau kuning) bertukar kepada Vitamin A ketika proses penghadaman.
2. Khasiat buah-buahan – Vitamin C
Tembikai, strawberi, mangga, nenas, betik, buah-buahan sitrus dan kiwi kaya dengan vitamin C. Vitamin C bermanfaat memulihkan dan menambah tisu badan di samping untuk sistem imunisasi.
3. Khasiat buah-buahan – Protein
Kurma, limau mandarin, buah ara, pisang, pic, nenas dan avocado mengadungi protein yang bermanfaat untuk mengatasi masalah keguguran rambut, kekeringan kulit, pening kepala dan kesukaran tidur.
4. Khasiat buah-buahan – Serat
Anggur, buah ara, jambu, epal, kismis dan prun mengandungi serat yang tinggi serta kalori yang rendah mampu membuatkan rasa kenyang. Serat juga bermanfaat untuk menurunkan kadar kolesterol serta tahap gula dalam badan.
5. Khasiat buah-buahan – Potasium
Aprikot, pisang, buah ara, mangga, kismis, avocado dan strawberi kaya dengan potasium yang bermanfaat untuk mengekalkan tahap air dan asid dalam sel tisu di samping membantu menguatkan otot. Pengambilan potasium dapat mengurangkan simptom tekanan darah tinggi, diabetes dan kelemahan memori.
Buah-buahan ini boleh dijadikan snek yang dimakan segar atau diproses menjadi jus buah. Oleh itu, diharap perkongsian mengenai khasiat buah-buahan ini bermanfaat untuk menambah informasi anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan