Tips Pencegahan Jenayah Rompakan

Jenayah rompakan berlaku tidak kira di mana sahaja samaada di rumahatau tempat awam. Kali ini akan dikongsikan beberapa tips pencegahan jenayah rompakan yang boleh kita amalkan bagi mengurangkan risiko kejadian ini. 

 Tips Pencegahan Jenayah Rompakan
 Tips Pencegahan Jenayah RompakanSumber gambar chroniclelive.co.uk
Sebelum ini telah dokongsikan mengenai tips pencegahan jenayah siber. Tips pencegahan jenayah rompakan adalah seperti berikut:

1. Tips pencegahan jenayah rompakan – Kunci pintu
Pastikan pintu pagar dan pintu utama rumah anda dikunci sepanjang masa.

2. Tips pencegahan jenayah rompakan – Berhati-hati dengan pelawat
Kenal pasti pelawat melalui door viewerdi pintu rumah. Pastikan rantai kunci pintu berkunci apabila bercakap dengan pelawat.Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.

3. Tips pencegahan jenayah rompakan – Maklumkan kepada keluarga
Jika anda menyuruh kawan atau seseorang datang ke rumah, maklumkan terlebih dahulu kepada ahli keluarga anda. 

4. Tips pencegahan jenayah rompakan – Elak memakai barang kemas
Elakkan memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak.

5. Tips pencegahan jenayah rompakan – Elak tempat gelap atau sunyi
Minta beberapa orang kawan menemani anda jika terpaksa melalui tempat gelap dan sunyi.

6. Tips pencegahan jenayah rompakan – Berhati-hati menaiki lif
Elakkan menaiki lif dengan orang yang mencurigakan.Berdiri berdekatan panel kawalan lif bagi memudahkan anda mengawal lif jika berlaku sesuatu.

7. Tips pencegahan jenayah rompakan – Bawa alat penggera
Gunakan alat penggera jika anda diserang bagi menarik perhatian orang ramai.

Semoga perkongsian mengenai tips pencegahan jenayah rompakan ini mmberikan paanduan kepada anda. Sentiasa peka dengan persekitaran dan segera laporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat perkara yang mencurigakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...