Tips Dapatkan Jodoh

Rezeki, jodoh dan ajal kita telah ditentukan oleh Allah SWT sejak kita di dalam kandungan ibu kita lagi. Namun terdapat manusia yang masih belum bertemu jodohnya walaupun usia telah lewat. Kali ini dikongsikan mengenai tips dapatkan jodoh

Tips Dapatkan Jodoh
Tips Dapatkan Jodoh - Sumber gambar emeraldcutengagementrings1.com
Tips dapatkan jodoh yang boleh dicuba praktikkan adalah seperti berikut:

1. Tips dapatkan jodoh - Jaga hubungan dengan ibu bapa
Layanilah ibu bapa kita dengan baik. Jangan sesekali menderhaka kepada ibu bapa kerana mereka pasti akan berdoa yang terbaik untuk kita termasuklah mendoakan agar anda mendapat jodoh yang baik. 

2. Tips dapatkan jodoh - Jaga hubungan dengan masyarakat
Rapatkan hubungan dengan masyarakat secara menghadiri jemputan kenduri, menziarahi orang sakit, bersedekah dan membantu jiran yang sedang kesusahan. Mungkin ada jiran yang berkenan untuk jadikan anda menantu mereka. 

3. Tips dapatkan jodoh - Jaga hubungan dengan Allah SWT
Laksanakan segala suruhan Allah SWT dan jauhi segala larangan-Nya. Luangkan masa 10-15 minit untuk berdoa dengan kusyuk setiap kali selesai solat fardhu. Lakukan juga amalan sunat seperti berzikir, membaca al-Quran, menunaikan solat Tahajud, solat Taubat dan solat Hajat. 

4. Tips dapatkan jodoh - Jaga punca rezeki
Pastikan anda menjaga punca rezeki anda dari sumber yang halal. Jauhi rezeki dari sumber yang haram, subhat, kotor atau makruh.

5. Tips dapatkan jodoh - Betulkan niat 
Betulkan niat anda berkahwin kerana Allah SWT dan untuk selamatkan diri anda dari melakukan maksiat serta ingin mendapat zuriat yang baik. 

Oleh itu, seharusnya kita tidak berputus asa untuk terus berusaha mendapatkan jodoh. Seandainya masih belum ditemukan jodoh, usah bersedih kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita. Semoga tips dapatkan jodoh ini bermanfaat untuk anda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...