Tips Gigi Putih

Gigi akan menjadi kuning mungkin disebabkan oleh pengambilan kopi atau merokok. Tips gigi putih yang akan dikongsikan pada kali ini hanya menggunakan bahan-bahan yang telah tersedia di rumah anda. 

  Tips Gigi Putih
  Tips Gigi Putih - Sumber gambar groupon.sg
Beberapa tips gigi putih yang boleh anda cuba adalah seperti berikut:

1. Tips gigi putih dengan makan buah dan sayur
Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak merah, epal dan daun saleri dapat memutihkan gigi. Makan secara segar buah dan sayur kerana ia dapat membersihkan kotoran pada lapisan enamel gigi.

2. Tips gigi putih dengan makan keju
Keju mengandungi susu protein, kalsium dan fosfat yang baik untuk menguatkan enamel gigi anda dan melindunginya dari kaviti. Jadikan keju sebagai kudapan selepas makan tengahari atau makan malam. 

3. Tips gigi putih dengan arang dan limau nipis
Perah air limau nipis dan sapukan pada gigi anda. Gosokkan perlahan-lahan air perahan limau pada gigi dengan ketulan kecil arang. Kemudian berkumurlah dengan air bersih. 

4. Tips gigi putih dengan baking soda dan lemon
Berus gigi anda dengan campuran baking soda dan lemon setiap minggu. Kedua-dua bahan ini bersifat peluntur dan seeloknya elakkan mengamalkannya terlalu kerap.

5. Tips gigi putih dengan ubat gigi
Kini terdapat pelbagai jenama ubat gigi yang khusus untuk memutihkan gigi. Gunakan ubat gigi berkenaan secara berkala dan pasti anda akan mendapatkan kesan yang memuaskan. 

Selain itu, pastikan anda memberus dan flos gigi anda secara berkala untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Gigi yang putih akan menyerikan lagi senyuman anda. Diharapkan perkongsian tips gigi putih pada kali ini memberi manfaat kepada anda.

6 ulasan:

  1. suka dgn petua gigi putih, nampak macam fazura ..gigi cantik dan putih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih.. gigi fazura memang cantik dan putih.. :)

      Padam
  2. wah sangat bagus ni saya ikuti, sebab gigi saya sudah mulai menguning dan menghitam :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah tips yang disarankan dalam artikel ini.. semoga anda mendapat hasil yang baik..

      Padam
  3. Makan keju..1st time dengar...bagus ni..kebetulan suka makan keju..patut la gigi putih..hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kandungan nutrien keju baik untuk putihkan gigi secara semulajadi..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...