Petua Menghilangkan Bau Peti Sejuk

Peti sejuk yang diisi dengan pelbagai barangan seperti buah, sayur dan lauk-pauk pasti menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Petua menghilangkan bau peti sejuk yang akan dikongsikan pada kali ini menggunakan bahan semulajadi atau alami yang mudah didapati.

Petua Menghilangkan Bau Peti Sejuk
Petua Menghilangkan Bau Peti Sejuk - Sumber gambar howto-get-rid-of.net
Sebelum ini pernah dikongsikan petua hilangkan bau nasi hangit. Beberapa petua menghilangkan bau peti sejuk yang boleh dicuba adalah seperti berikut:

Petua menghilangkan bau peti sejuk dengan daun pandan

Simpul beberapa helai daun pandan letakkan dalam peti sejuk. Bau hanyir peti sejuk akan hilang. 


Petua menghilangkan bau peti sejuk dengan arang

Letakkan seketul arang di dalam peti sejuk dan biarkan ia menyerap bau busuk.


Petua menghilangkan bau peti sejuk dengan kopi

Masukkan sebungkus serbuk kopi ke dalam peti sejuk. Peti sejuk anda akan berbau harum aroma kopi. 


Petua menghilangkan bau peti sejuk dengan roti

Letakkan sebuku roti di dalam peti sejuk. Bau busuk peti sejuk akan diserap oleh roti. 


Petua menghilangkan bau peti sejuk dengan limau purut

Hiris nipis buah limau purut dan letakkan di dalam peti sejuk. Peti sejuk akan berbau harum. 


Petua menghilangkan bau peti sejuk dengan esen vanila

Titiskan sedikit esen vanila pada sehelai tuala dapur. Lap kain berkenaan pada bahagian dalam peti sejuk. Bau peti sejuk akan wangi seperti vanila. 


Diharapkan perkongsian petua menghilangkan bau peti sejuk ini bermanfaat untuk dicuba. Selain itu, jangan lupa untuk mencuci peti sejuk di rumah anda pada setiap minggu dan buang makanan yang telah disimpan terlalu lama. 

6 ulasan:

  1. pernah cuba kesemuanya kecuali dgn kopi... nanti cuba .

    BalasPadam
  2. Kalau saya sih sering-sering membersihkannya aja mbak, jadi biar ndak bau

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebaiknya sering membersihkan peti sejuk agar ia tidak berbau..

      Padam
  3. Good tips..
    Pernah cuba guna arang aje..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kak fidah.. arang memang digunakan sejak dahulu lagi untuk membersihkan peti sejuk..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...