Bersenam baik untuk kesihatan badan kita. Pelbagai senaman boleh dilakukan seperti berlari, berbasikal, menari atau senaman di gymnasium Tentu ramai yang ingin mengetahui mengenai kelebihan bersenam terhadap tubuh.
Kelebihan Bersenam - Sumber gambar a2magazine.co.za |
Beberapa kelebihan bersenam adalah seperti berikut:
1. Kelebihan bersenam untuk menguatkan jantung
Senaman dapat menguatkan dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda.
2. Kelebihan bersenam untuk melancarkan peredaran darah
Senaman secara berkala mampu menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot jantung.
3. Kelebihan bersenam untuk meningkatkan tahap kolesterol baik
Senaman dapat meningkatkan paras kolestrol pelindung yang dikenali sebagai ‘high density lipo’ proteins (HDL).
4. Kelebihan bersenam untuk mengawal tekanan darah
Bersenamlah secara teratur bagi mengurangkan penyakit darah tinggi.Apabila bersenam, badan akan cergas dan oksigen yang mencukupi akan dihantar ke otak.
5. Kelebihan bersenam untuk mengawal berat badan
Senaman aktif akan membantu anda mengawal berat badan dengan membakar kalori yang berlebihan.
6. Kelebihan bersenam untuk mengurangkan tekanan perasaan
Senaman mampu untuk mengurangkan tekanan perasaan anda kerana apabila bersenam hormon endorfin akan dirembeskan yang membuatkan anda berasa gembira.
7. Kelebihan bersenam dapat menambah kawan
Jika bersenam di tempat awam seperti gymnasium atau taman, mungkin anda akan mendapat kawan baru yang juga suka bersenam seperti anda. Tentu aktiviti senaman tidak membosankan.
Semoga perkongsian mengenai kelebihan bersenam ini bermanfaat untuk anda amalkan. Peruntukkan masa hanya selama 20 hingga 30 minit pada setiap sesi untuk bersenam sekurang-kurangkan tiga kali seminggu.
Betul admin. I kalau seminggu tk bersenam, mesti mood moody je. At least kne gi lari 30 minit sehari. pastu bru i happy. mmg bnyk faedah bila bersenam ni.
BalasPadamAnyway, jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.
>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<