Homemade Minuman Tenaga untuk Wanita

Wanita bekerjaya pasti sibuk sehingga ada waktunya badan berasa lesu serta tidak bermaya. Walau sesibuk mana pun anda, penjagaan kesihatan dalaman tubuh harus diberi keutamaan. Tenaga yang berterusan diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Salah satu cara untuk menambah tenaga adalah dengan mengamalkan minuman khusus untuk tenaga wanita.

Homemade Minuman Tenaga untuk Wanita
Homemade Minuman Tenaga untuk Wanita

Sebelum ini pernah dikongsikan Homemade Jamu dan Homemade Jus Asam Kunyit dalam artikel yang lalu. Bahan-bahan membuat Minuman Tenaga untuk Wanita:



Serai
Manjakani
Cengkih
Halia
Buah pelaga
Kulit kayu manis
Gula batu


Cara membuat Minuman Tenaga untuk Wanita:

  1. Rebus kesemua bahan di atas bersama dua gelas air sehingga ia tinggal segelas.
  2. Biarkan ia suam.
  3. Sedia untuk diminum. 

Minuman tenaga untuk wanita ini elok diminum sebanyak dua kali seminggu. Buat sendiri pasti menjimatkan dan selamat. Selain bermanfaat untuk memberi tenaga, minuman ini juga elok untuk merawat pelbagai masalah wanita seperti keputihan dan wajah kusam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan