Ramai yang salah faham bahawa diet hanya untuk tempoh masa yang tertentu sahaja. Jika ada yang berjaya kurus pun mungkin ia bertahan tidak lama dan selepas itu berat badan akan kembali naik seperti biasa atau naik lebih banyak lagi. Diet sebegini adalah diet 'segera'. Cepat berat badan turun dan cepat berat badan naik semula. Apakah punca diet gagal?
Punca diet gagal - Gambar kredit emetabolic.com |
1. Diet secara ekstrem
Individu yang mengamalkan diet secara ekstrem kebiasaannya akan terus meninggalkan makanan yang sedap. Ini akan menyebabkannya tiada semangat untuk berdiet secara konsisten. Yang lebih menyeramkan, individu ini mungkin akan 'membalas dendam' dengan cara makan makanan yang diidamkan dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya jangan terlalu ekstrem ketika berdiet. Anda masih boleh menikmati makanan kegemaran dalam kuantiti yang kecil pada setiap hujung minggu. Anggaplah cheat day pada hujung minggu ini sebagai ganjaran kepada anda kerana telah berdiet selama 5 hari iaitu Isnin hingga Jumaat.
2. Diet rendah kalori
Diet rendah kalori memang akan mempercepatkan penurunan berat badan. Namun, kesannya adalah kadar metabolisma di dalam badan akan menjadi perlahan. Oleh itu, pastikan anda mengurangkan pengambilan kalori tidak melebihi 50% daripada keperluan kalori seharian. Misalnya, jika keperluan kalori seharian badan anda adalah 3,000 kcal, jangan makan kurang daripada 1,500 kcal sehari. Diet rendah kalori juga akan membuatkan badan menjadi tidak bermaya kerana otot berdaging dalam badan yang akan dibuang dan bukan lemak dibuang.
3. Diet segera
Jangan amalkan diet segera. Diet bukan hanya untuk tempoh masa 1 minggu atau 2 minggu sahaja. Tetapkan tempoh masa yang relevan seperti 100 hari untuk mengamalkan pemakanan seimbang dan senaman yang teratur. Selalunya jika sesuatu perkara itu dilakukan secara konsisten dalam tempoh masa yang lama, ia akan menjadi rutin setiap hari dan sepanjang hayat. Sepanjang proses ini mungkin berat badan tidak turun secara mendadak, tapi pasti ukur lilit tubuh akan semakin berkurangan.
Oleh itu, berdiet adalah proses yang perlu konsisten dan menjadi amalan sepanjang hayat. Diet sebenarnya melibatkan gaya hidup pada setiap hari dari aspek pemakanan seimbang dan bersenam/ bergerak aktif. Bagi mengawal rasa lapar pada permulaan, makanlah secara kerap dalam kuantiti yang sedikit dan pilih makanan yang berkualiti. Biar lambat, asal selamat. Slowly but surely..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan