Turunkan Berat Badan dengan Serat

Serat adalah karbohidrat iaitu selulosa yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan tidak tidak boleh dihadam oleh sistem penghadaman dan akan keluar dari badan melalui najis. Sumber makanan berasaskan serat mudah didapati dari pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan beberapa jenis bijirin. Serat sangat bermanfaat kepada anda yang sedang merancang untuk menurunkan berat badan. 

Turunkan Berat Badan dengan Serat
Turunkan Berat Badan dengan Serat - Gambar kredit: eatright.org

Bagaimana serat dapat membantu proses menurunkan berat badan? Serat dapat membantu menurunkan berat badan dengan cara seperti berikut:

1. Serat membuatkan anda berasa kenyang

Jika anda makan makanan berserat tinggi seperti oat atau roti gandum, ia mengambil masa yang lama untuk dicerna dan ini membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. Ini dapat mengelakkan anda rasa cepat lapar dan sekaligus membuatkan anda kurang mengambil makanan. 


2. Serat melancarkan sistem penghadaman

Makanan yang berserat juga baik untuk sistem penghadaman anda dan mengelakkan sembelit. Sesetengah serat makanan yang dikenali sebagai probiotik dapat membekalkan sumber makanan yang penting untuk bakteria baik dalam usus. Probiotik terdiri daripada produk makanan yang difermentasi seperti susu kultur, tempe mentah, yogurt buatan sendiri (tairu), kimchi dan tapai pulut. Apabila sistem penghadaman baik, anda akan kurang keinginan untuk makan di luar waktu makan utama. 


3. Serat mengimbangi gula dalam buah

Serat adalah komponen buah yang sangat penting kerana ia dapat mengimbangi kesan negatif pengambilan gula dalam buah. Serat baik untuk memperlahankan penyerapan gula dan sekaligus mempercepatkan rasa kenyang. Sebaiknya ketika menyediakan jus buah atau sayur, jangan dibuang hampasnya kerana khasiat serat terdapat dalam hampas berkenaan. 


Oleh itu, pastikan setiap kali membeli barangan dapur, pilih makanan yang berserat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang. Contoh buah-buahan yang kaya dengan serat adalah limau, epal, pisang, pear, lobak merah, brokoli, prun dan kekacang. Serat juga boleh didapati dalam bijirin seperti oat, gandum, jagung dan roti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan