4 Spesies Penyu di Malaysia

Penyu adalah haiwan reptilia yang telah lama wujud iaitu sejak 100 juta tahun lalu. Ianya merupakan haiwan marin yang bersisik, bernafas melalui paru-paru, suhu badan yang sama dengan suhu persekitaran dan bertelur. Tahukah anda, seekor penyu mengambil masa 20 hingga 50 tahun untuk matang?

4 spesis penyu yang utama di Malaysia adalah seperti berikut:


1. Penyu Belimbing (Leatherback Turtle)

Spesis Penyu di Malaysia (Penyu Belimbing) - Gambar kredit: duniapengetahuan165.blogspot.com

  • Penyu Belimbing adalah spesis penyu terbesar di dunia.
  • Ia bercengkerang lembut (tujuh jalur memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor seperti buah belimbing) dan warna badannya kehitaman serta bertompok putih. 
  • Ia boleh membesar sehingga 2 meter panjang dengan berat badan 600 kg. 
  • Ia menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di laut lepas dan berkebolehan menyelam sedalam 400m hingga 1,200m. 
  • Bahagian atas mulutnya melengkung bagi memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. 
  • Musim bertelurnya dari Mac hingga Ogos (menghasilkan 60 – 120 biji sekali bertelur). 
  • Lokasi utama penyu ini naik untuk bertelur adalah di Rantau Abang dan Paka, Terengganu. 


2. Penyu Agar (Green Turtle)

Spesis Penyu di Malaysia (Penyu Agar) - Gambar kredit: hafidzyoungscientist.blogspot.com

  • Penyu Agar juga dikenali sebagai 'penyu hijau'. Warna cengkerangnya adalah coklat tua atau kehitaman. 
  • Ia boleh membesar sehingga 1m dengan berat badannya di antara 135 – 270 kg. 
  • Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. 
  • Musim bertelurnya adalah di antara April hingga September (menghasilkan 100 – 140 biji sekali bertelur).
  • Penyu ini mendarat di pantai Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. 


3. Penyu Karah/Sisik (Hawksbill Turtle)

Spesis Penyu di Malaysia (Penyu Agar) - Gambar kredit: facebook.com

  • Penyu Karah mempunyai cengkerang keras yang kelihatan seperti sisik-sisik bertindih. 
  • Warna badannya adalah coklat, bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70 – 90 cm dengan berat badannya di antara 35 – 75 kg. 
  • Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. 
  • Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang. 
  • Spesis penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan terumbu karang. 
  • Musim bertelurnya dari Mac hingga Jun (menghasilkan 130 biji sekali bertelur). 
  • Lokasi ia mendarat di pantai Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. 


4. Penyu Lipas (Olive Ridley Turtle)

Spesis Penyu di Malaysia (Penyu Lipas) - Gambar kredit: terengganuimpianku.blogspot.com

  • Penyu lipas adalah penyu yang terkecil di antara 4 spesis penyu yang terdapat di Malaysia. 
  • Ianya boleh membesar sehingga 6.0 – 6.5 cm dengan berat di antara 35 – 50 kg. 
  • Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. 
  • Makanan utamanya adalah udang, obor-obor, ketam dan siput. 
  • Musim bertelurnya dari Mac hingga Jun (menghasilkan 100 biji sekali bertelur). 
  • Penyu ini selalu mendarat di pantai Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu.


Sepanjang tempoh masa ini, penyu akan terdedah dengan pelbagai bentuk ancaman yang menyebabkan kepupusan seperti mati tersangkut di pukat nelayan, termakan plastik lutsinar yang disangkakan obor-obor dan pencemaran air. Kini ke empat-empat spesies penyu ini adalah sedang terancam dan besar kemungkinan akan mengalami kepupusan. Oleh itu, bersama-samalah kita berusaha untuk memuliharanya agar terus dapat dilihat oleh generasi akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan