Jenis Tulisan dan Personaliti

Tahukah anda, jenis tulisan anda dapat menggambarkan personaliti diri? Walaupun gambaran personaliti ini mungkin kurang tepat, namun tidak salah untuk kita menyimpan informasi ini sebagai ilmu baru. 

Jenis Tulisan dan Personaliti (Gambar kredit - flickr. com) 

Jenis tulisan dan personaliti adalah seperti berikut: 

1. Tulisan tidak pernah berubah 

Sukar untuk berubah dan lebih suka mengekalkan personaliti diri yang sedia ada, mempunyai pendirian yang tetap serta tegas. 


2. Tulisan sering berubah-ubah 

Sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual dan mudah berubah. Namun keputusan mereka masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.


3. Tulisan tegak 

Rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain, menyenangkan dan keputusan wajar dan tepat.


4. Tulisan condong ke kanan 

Bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri. Cepat bosan jika terpaksa menunggu lama.


5. Tulisan condong ke kiri 

Sensitif walaupun dari segi luaran nampak normal. Seorang yang berhati-hati dalam apa juga yang dilakukan kerana tidak mahu timbulnya penyesalan di kemudian hari. Setia kepada orang yang dicintainya.


6. Tulisan lebar 

Aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Gemar mengembara sambil bercuti.


7. Tulisan kurus 

Hanya akan melakukan perkara yang hanya digemarinya saja.


8. Tulisan bersegi empat 

Seorang yang berotak matematik.


9. Tulisan bulat 

Suka bergaul dan seorang yang penyayang.


10. Tulisan bersambung 

Pemikirannya berdasarkan logik.


11. Tulisan bercerai-cerai 

Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja.


12. Tulisan jauh 

Sukar didekati dan tidak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya.


13. Tulisan rapat 

Mudah untuk berdampingan dengannya kerana dia berfikiran terbuka.


14. Tulisan ada ruangan di tepi 

Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat seperti berikut:

  • Ruang kiri dan kanannya sama besar - Berfikiran optimistik. 

  • Ruang mukasurat sebelah kiri kecil - Amat sensitif. 

  • Ruang mukasurat sebelah kanan kecil - Rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya. 

  • Penuh satu mukasurat - Amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas yang boleh dikongsi bersamanya. 

Oleh itu, tulisan tangan adalah sesuatu yang unik dan berbeza bagi setiap individu. Apakah jenis tulisan anda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan