5 Petua Mencegah Angin dalam badan

Masalah angin dalam badan bukan hanya menyebabkan perut berasa kurang selesa. Tetapi ianya juga menyebabkan sakit kepala dan badan berasa lenguh. Angin dalam badan mungkin disebabkan oleh gaya hidup dan pemakanan seharian kita. Amatlah penting untuk anda mencegah masalah angin dalam badan sebelum ianya semakin kronik dan akan mengganggu aktiviti seharian anda. 

Cegah Angin dalam Badan - Gambar kredit health.harvard.edu

Berikut beberapa petua untuk mencegah angin dalam badan yang boleh dicuba seperti berikut: 

1. Hadkan pengambilan produk tenusu 

Kebanyakan produk tenusu mengandungi kadar laktosa yang tinggi yang boleh menyebabkan masalah angin. Sebaiknya kurangkan pengambilan produk tenusu atau pilihlah produk tenusu berlaktosa rendah seperti yogurt. 


2. Hadkan pengambilan makanan berlemak 

Makanan berlemak dan bergoreng (berminyak) boleh menyebabkan perut berasa sebu, kembung dan berangin serta boleh melambatkan proses pencernaan. Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan bergoreng. 


3. Hadkan pengambilan sayur-sayuran 

Beberapa jenis sayur-sayuran seperti kacang panjang, kubis dan timun boleh menyebabkan masalah angin dalam badan anda. Hadkan pengambilan sayur-sayuran ini. 


4. Makan secara teratur 

Pastikan anda makan secara teratur bagi mengelakkan perut dimasuki angin. Tetapkan waktu makan yang tetap dan amalkan pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan. Kunyahlah makanan perlahan-lahan dan minum air kosong secukupnya bagi melancarkan proses pencernaan. 


5. Amalan petua tradisional 

Cuba petua tradisional dengan cara merebus herba. Minum air rebusan ini ketika masih suam untuk mengeluarkan angin dari badan. Selain itu, amalan mengurut tradisional Melayu dapat mengeluarkan angin dari tubuh badan. 


Oleh itu, masalah angin dalam badan perlu diatasi dengan cara yang sewajarnya bagi memastikan masalah ini tidak mengganggu kehidupan seharian anda. Semoga perkongsian petua pada kali ini dapat membantu anda mencegah atau mungkin juga dapat mengeluarkan angin dari badan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan