Kenali Tanda-tanda Badan Banyak Toksin

Badan kita melambangkan tahap kesihatan kita. Pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat merupakan antara faktor yang menyebabkan pengumpulan toksin dalam badan. Kandungan toksin yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti sering berasa lesu dan tidak bermaya.

Kenali Tanda-tanda Badan Banyak Toksin
Tanda-tanda Badan Banyak Toksin
m.huffpost.com

Kehadiran toksin dapat dirasai apabila tubuh menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:

Toksin tinggi dalam badan jika sering berasa letih

Apabila toksin dalam badan tinggi, badan akan cepat berasa letih dan mengantuk walau pun sudah cukup tidur.  


Toksin tinggi dalam badan jika berat badan sukar turun 

Anda sudah mengawal pemakanan dan melakukan senaman untuk menurunkan berat badan, namun ia tidak berhasil jika toksin di dalam badan tinggi. 


Toksin tinggi dalam badan jika nafas berbau 

Kandungan toksin yang tinggi akan mengganggu proses penyingkiran toksin dari tubuh melalui salur pencernaan. Bau mulut adalah berkaitan dengan pencernaan yanh tidak cekap. 

Toksin tinggi dalam badan jika sembelit

Secara semulajadi usus akan menyingkirkan racun keluar dari tubuh. Apabila sembelit, racun tersebut  tidak dapat dikeluarkan dan tersimpan dalam tubuh. Ini akan menyebabkan kesan negatif seperti sakit kepala, lenguh badan dan keletihan.


Toksin tinggi dalam badan jika daya ingatan dan tumpuan yang lemah 

Pengumpulan toksin boleh menyebabkan daya ingatan dan tumpuan menjadi lemah. Ini akan menyebabkan anda kerap berasa cemas.


Toksin tinggi dalam badan jika alahan dan masalah sinus

Toksin tinggi menyebabkan sistem imun menjadi lemah yang mengakibatkan anda terlalu sensitif pada bau terutamanya bau wangi. 


Toksin tinggi dalam badan jika kulit bermasalah 

Masalah kulit seperti jerawat dan ruam mungkin disebabkan tubuh banyak toksin. Jika toksin terlalu tinggi juga boleh menyebabkan mata menjadi bengkak. 


Toksin tinggi dalam badan jika tiada kesan terhadap makanan tambahan dan ubat

Kehadiran toksin dalam tubuh juga boleh menyebabkan makanan tambahan dan ubat-ubatan yang diambil tidak menunjukkan kesannya.


Jika anda menghadapi masalah-masalah seperti di atas, segera bertindak untuk menyingkirkan toksin keluar dari tubuh. Dalam artikel yang akan datang akan dibincangkan mengenai Cara Menyingkirkan Toksin yang boleh dipraktikkan di rumah. Ketahui juga Makanan Membersih Usus yang boleh diamalkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan