Cara Memastikan Telur Masih Elok

Telur merupakan salah satu bahan masakan yang mudah disediakan terutamanya di waktu kecemasan kerana ketiadaan lauk lain. Namun ada kalanya membeli stok telur yang terlalu banyak akan menyebabkannya rosak jika tidak habis digunakan.

Cara Memastikan Telur Masih Elok
Sumber foto: Pinterest
Cara Memastikan Telur Masih Elok
Cara mudah untuk memastikan telur masih elok adalah dengan cara memecahkannya. Namun cara ini agak menyusahkan jika yang dipecahkan adalah telur busuk. Kali ini dikongsikan cara bagaimana untuk menentukan telur masih elok tanpa memecahkannya. Cuba ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Sediakan sebuah mangkuk berisi air bersih.


Langkah 2: Masukkan telur yang hendak diuji ke dalam mangkuk berisi air itu.

Langkah 3: Lihat kedudukan telur berkenaan:
  • Telur tenggelam ke bawah menandakan ia masih elok.
  • Telur tenggelam ke bawah tetapi menjengket sebelah kiri atau kanan menandakan ianya telah berusia seminggu.
  • Telur tenggelam ke bawah tetapi berdiri tegak menandakan ianya masih elok tetapi perlu dimasak dengan segera.
  • Telur terapung ke atas menandakan ianya sudah tidak elok (telur terapung disebabkan terdapat membran di antara putih telur dan kulit telur. Semakin lama usia telur, membran semakin menjarak dengan kulit dan menyebabkan terdapatnya poket udara yang menyebabkannya terapung). 
Langkah 4: Sekiranya anda berasa ragu, cuba ambil telur yang terapung dan goncang. Jika terdengar bunyi kocakan bermakna telur sudah tidak elok. 

Sebaiknya elakkan makan telur yang menunjukkan tanda-tanda yang tidak elok ini. Jangan kedekut untuk membeli telur baru yang segar dan berkualiti. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan