Tips Hilangkan Hanyir Ikan Keli

Ikan keli merupakan ikan air tawar yang digemari oleh ramai orang. Ianya memang enak dimasak pelbagai masakan Melayu seperti ikan keli goreng berlada, ikan keli masak lemak cili padi dan pelbagai lagi masakan lain. Namun antara perkara yang membuatkan suri rumah risau adalah cara yang terbaik untuk menghilangkan hanyir ikan keli.

Tips hilangkan hanyir ikan keli
Sumber foto - selerarasa.com
Kali ini dikongsikan tips bagaimana untuk menghilangkan hanyir ikan keli. Cara-caranya adalah sepert berikut:

Cara menghilangkan hanyir ikan keli:

Basuh dengan air suam

Mula-mula, basuh ikan keli yag telah diuang isi perutnya dengan air suam.


Basuh dengan air kapur

Kemudian basuh pula ianya dengan air kapur.


Basuh dengan asam jawa

Seterusnya basuh dengan air asam jawa.


Basuh dengan limau nipis dan garam

Kemudian basuh dengan limau nipis dan sedikit garam.


Buang darah beku

Akhir sekali, pastikan anda membuang darah beku yang terdapat di dalam perut ikan keli.


Ikan keli yang siap disiang dan dibasuh dengan cara seperti di atas sedia untuk dimasak. Diharapkan semoga perkongsian tips menghilangkan hanyir ikan keli pada kali ini bermanfaat untuk dicuba di dapur anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan