7 Tip Kurangkan PMS

Sindrom pramenstruasi atau Premenstrual Syndrome (PMS) akan dialami oleh segelintir wanita yang datang bulan. Pelbagai kajian telah dijalankan, namun sehingga kini tidak dapat mengenalpasti penyebab sebenar PMS. Apa yang pasti, wanita yang mengalaminya akan mengalami penurunan tahap estrogen dan progesteron.  

Tip Kurangkan PMS (Gambar kredit dailystar.co.uk)

Apabila diserang PMS, bahagian bawah perut kebiasaannya akan mengalami kesakitan. Tahap kesakitan yang dialami adalah berbeza di antara individu yang berbeza. Beberapa tip kurangkan PMS yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

1. Kurangkan PMS dengan ubat pelega

Pastikan anda merujuk doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat. Ubat pelega ini dapat mengurangkan kesakitan dengan cara menghentikan kekejangan. Elakkan mengambil ubat pelega ketika perut kosong. 


2. Kurangkan PMS dengan tuala panas atau botol air mineral yang berisi air panas

Tekap perut anda dengan tuala yang dicelup air panas. Atau isikan botol mineral isipadu 500ml dengan air panas. Ia pasti dapat membantu merehatkan otot-otot yang kejang serta  mengurangkan kesakitan.


3. Kurangkan PMS dengan minum air kosong

Banyakkan minum air kosong suam ketika datang bulan bagi menambah kandungan cecair dalam badan.


4. Kurangkan PMS dengan mengelak minuman kafein dan soda

Pengambilan minuman berkafein dan bersoda boleh menyebabkan perut kembung. 


5. Kurangkan PMS dengan bersenam

Bersenam dapat melancarkan peredaran darah dari jantung ke seluruh badan. Senaman yang boleh dilakukan adalah seperti berjalan laju. Pasti kesakitan akan berkurangan. 


6. Kurangkan PMS dengan pengambilan makanan tambahan

Makanan tambahan seperti kalsium, zink dan vitamin mampu mengurangkan kekejangan, kembung perut dan simptom-simptom PMS yang lain. 


7. Kurangkan PMS dengan makan dan tidur secara teratur

Pastikan pengambilan makanan yang seimbang dan tidur yang mencukupi setiap hari. Pasti gejala PMS dapat dikurangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan