Tips Mengekalkan Haruman Minyak Wangi

Penggunaan minyak wangi bukan sahaja dapat mengharumkan bau badan, tetapi juga mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang. Namun bau minyak wangi yang disembur sukar untuk kekal harum sepanjang hari. 

Tips Mengekalkan Haruman Minyak Wangi
Tips Mengekalkan Haruman Minyak Wangi 
Beberapa tips yang boleh dicuba bagi mengekalkan haruman minyak wangi adalah seperti berikut:

Kekalkan haruman minyak wangi dengan semburan di leher 

Dongakkan dagu anda dan pegang botol minyak wangi dengan jarak tujuh inci dari leher. Kemudian semburkan minyak wangi tepat pada tengah leher. 


Kekalkan haruman minyak wangi dengan semburan di tangan 

Bagi semburan minyak wangi di pergelangan tangan, pegang botol minyak wangi pada jarak empat inci. 


Kekalkan haruman minyak wangi dengan semburan di udara 

Setelah menyembur minyak wangi pada leher dan pergelangan tangan, anda boleh menambah wangian dengan cara menyembur minyak wangi pada udara dan berjalanlah melaluinya. 


Oleh itu, walau semahal mana pun minyak wangi yang digunakan pasti tidak kekal lama baunya jika tidak disembur dengan tepat. Dengan mempraktikkan tips seperti di atas pasti dapat mengekalkan haruman minyak wangi sepanjang hari. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan