Petua Cerahkan Miss V

Ramai wanita yang mengabaikan penjagaan Miss V mereka disebabkan ianya tersembunyi. Sebenarnya bukan hanya wajah sahaja yang dijaga kecantikannya, bahagian intim juga harus dijaga agar ianya cerah dan anjal.

Petua Cerahkan Miss V
Petua Cerahkan Miss V
Kali ini akan kongsikan resipi khusus untuk mencerah dan menganjalkan Miss V atau bahagian intim wanita. Bahan-bahan ini mudah didapati dan boleh dibuat sendiri di rumah seperti berikut:

Bahan-bahan:

1 genggam beras pulut
4 biji buah manjakani
Sedikit air mawar


Cara membuatnya:

  • Tumbuk beras pulut sehingga lumat. Ayak untuk mengambil serbuknya sahaja. 
  • Kemudian tumbuk juga buah manjakani sehingga menjadi serbuk. 
  • Campurkan serbuk beras pulut dan serbuk manjakani dan gaul dengan sedikit air mawar.
  • Sapukan campuran pada bahagian intim dan celah peha anda. Biarkan selama 5-10 minit. 
  • Apabila hampir kering, gosokkan perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih.
  • Amalkan seminggu sekali untuk mendapatkan bahagian intim yang cerah dan anjal. 


Petua tradisional untuk cerahkan Miss V atau bahagian intim ini sememangnya murah dan selamat untuk diamalkan. Jika selalu diamalkan pasti akan nampak perubahannya. Ramuan ini juga boleh digunakan untuk memutihkan ketiak dan leher yang gelap.